Saturday, April 26, 2008

tips memberi kauseling secara mudah

BAB 1 Pengenalan

Sejarah kaunseling bermula di Amerika pada 1980 an, apabila Jesse B. Davis yang dikenali sebagai kaunselor menjalankan aktiviti membantu pelajar-pelajar dalam bimbingan, pendidikan dan vokasional di sebuah sekolah di Detroit pada 1898. Perkembangan kaunseling di Malaysia , khususnys di sekolah secara rasminya bermula dengan program bimbingan kerjaya yang diperkenalkan pada tahun enam puluhan apabila konsep Guru Panduan Kerjaya mula diperkenalkan dalam sistem persekolahan di Malaysia.

1.1 Definisi Kaunseling

Menurut Akta Kaunselor, 1998, Kaunseling ialah suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai sesuatu perubahan, kamajuan, dan penyesuian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.