Monday, October 20, 2008

Isu Keluarga

Isu kedua yang dibincangkan dengan kaunselor ialah masalah keluarga. Saya telah menyatakan kebimbangan saya yang terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak. Saya juga merasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Anak-anak saya mungkin menghadapi masalah jika berjauhan dengan ibunya. Menurut pendapat orang-orang tua anak-anak menjadi lebih manja bila berada dengan datuk dan nenek mereka. Saya bersetuju dengan pendapat ini kerana melihat perubahan dalam tingkah laku anak-anak saya semenjak mereka ditinggalkan beberapa bulan yang lalu. {restasi pelajaran mereka juga semakin merosot. Saya bimbangan dengan keadaan ini.


Wednesday, October 15, 2008

Isu Akademik

Kaunselor telah bertanyakan kepada saya tentang masalah atau perkara yang hendak di bincangkan . Pada awal sesi kaunseling ini kaunselor telah memberi tahu bahawa saya akan menjalani sesi kaunseling selama 1 jam dan segala perkara yang dibincangkan akan menjadi rahsia. Saya menjadi yakin kepada kaunselor untuk meluahkan rasa kebimbangan saya. Penjelasan ini menunjukkan kaunselor ini telah mematuhi Akta Kaunseling. Kaunselor telah memulakan perbualan tentang perkara-perkara yang tidak relevan seperti perkara peribadi dan ini telah memberi kencederungan untuk saya meluahkan perasaan dan perkara yang hendak dibincangkan. Saya telah meluahkan perasaan saya tentang kegembiraan saya apabila mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sebalik kegembiraan itu wujud pula rasa takut kerana saya bimbang tidak dapat membahagikan masa untuk belajar dan masa untu keluarga. Saya juga rasa bimbang tidak dapat menyiapkan segala tugasan dan bimbang gagal dalam peperiksaan.

meyelesaikan masalah saya.

Tuesday, October 14, 2008

PERBINCANGAN ISU

Kategori Isu yang Dibincangkan

Pada tarikh yang telah ditetapkan saya telah datang untuk bertemu dengan beliau. Beliau mempunyai ciri-ciri seorang kaunselor seperti menepati masa. Beliau telah besedia menerima saya tepat pada masa yang dijanjikan. Kami telah berkenal-kenalan dan bertanya khabar tentang diri masing-masing. Kaunselor telah menanyakan saya tempat yang selesa untuk saya menjalankan sesi kaunseling . Saya telah memilih untuk menjalankan sesi kaunseling ini di biliknya berada di atas sofa dan bukannya di tempat yang dikhaskan. Beliau bersetuju dengan permintaaan saya memandangkan saya lebih selesa berada di sini.


Contoh Laporan Menghadiri Sesi Kaunseling


Pada 26 Februari 2007 saya telah membuat satu temujanji untuk bertemu dengan seorang kaunselor di salah sebuah sekolah di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Beliau telah bersetuju untuk mengadakan sesi kaunseling untuk saya pada 2 Mac 2007 dan 5 April 2007. Pada tarikh tersebut saya telah dang untuk bertemu dengannya. Beliau dengan perasaan rendah diri menyatakan bahawa dirinya tidak begitu mahir dalam memberi kaunseling kepada orang dewasa. Beliau meminta agak butir peribadinya dirahsiakan dan saya menghormati keputusannya. Beliau seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Bimbingan Dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia. Telah berkhidmata selama 5 tahun di sekolah ini. Beliau juga telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata.


Saturday, April 26, 2008

tips memberi kauseling secara mudah

BAB 1 Pengenalan

Sejarah kaunseling bermula di Amerika pada 1980 an, apabila Jesse B. Davis yang dikenali sebagai kaunselor menjalankan aktiviti membantu pelajar-pelajar dalam bimbingan, pendidikan dan vokasional di sebuah sekolah di Detroit pada 1898. Perkembangan kaunseling di Malaysia , khususnys di sekolah secara rasminya bermula dengan program bimbingan kerjaya yang diperkenalkan pada tahun enam puluhan apabila konsep Guru Panduan Kerjaya mula diperkenalkan dalam sistem persekolahan di Malaysia.

1.1 Definisi Kaunseling

Menurut Akta Kaunselor, 1998, Kaunseling ialah suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai sesuatu perubahan, kamajuan, dan penyesuian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.