Monday, October 20, 2008

Isu Keluarga

Isu kedua yang dibincangkan dengan kaunselor ialah masalah keluarga. Saya telah menyatakan kebimbangan saya yang terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak. Saya juga merasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Anak-anak saya mungkin menghadapi masalah jika berjauhan dengan ibunya. Menurut pendapat orang-orang tua anak-anak menjadi lebih manja bila berada dengan datuk dan nenek mereka. Saya bersetuju dengan pendapat ini kerana melihat perubahan dalam tingkah laku anak-anak saya semenjak mereka ditinggalkan beberapa bulan yang lalu. {restasi pelajaran mereka juga semakin merosot. Saya bimbangan dengan keadaan ini.


No comments: