Wednesday, October 15, 2008

Isu Akademik

Kaunselor telah bertanyakan kepada saya tentang masalah atau perkara yang hendak di bincangkan . Pada awal sesi kaunseling ini kaunselor telah memberi tahu bahawa saya akan menjalani sesi kaunseling selama 1 jam dan segala perkara yang dibincangkan akan menjadi rahsia. Saya menjadi yakin kepada kaunselor untuk meluahkan rasa kebimbangan saya. Penjelasan ini menunjukkan kaunselor ini telah mematuhi Akta Kaunseling. Kaunselor telah memulakan perbualan tentang perkara-perkara yang tidak relevan seperti perkara peribadi dan ini telah memberi kencederungan untuk saya meluahkan perasaan dan perkara yang hendak dibincangkan. Saya telah meluahkan perasaan saya tentang kegembiraan saya apabila mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sebalik kegembiraan itu wujud pula rasa takut kerana saya bimbang tidak dapat membahagikan masa untuk belajar dan masa untu keluarga. Saya juga rasa bimbang tidak dapat menyiapkan segala tugasan dan bimbang gagal dalam peperiksaan.

meyelesaikan masalah saya.

No comments: